THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 16 April 2012

Allah with us



pernah rasa macam ni??

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa.


nauzubillah,semoga kita dijauhkan daripada sifat putus asa ini .



DOA supaya tidak berputus asa
 رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.” (Surah Maryam ayat 4).

masih rasa give up lagi ?? masyaAllah, ini angkara syaitan . syaitan sangat licik !
istighfar banyak2.............Sememangnya syaitan akan membisikkan keraguan, keresahan dan ketakutan untuk kita melakukan kebaikan. Banyakkan ta'awwuz (a'uzubillahi minas syaithanir rajim) dan perbanyakkan istighfar serta dekatkan diri dengan majlis ilmu. sama-sama kita usahakan,insyaAllah.


DOA mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan.
“(Ingatlah) tatkala pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagin kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Surah al-Kahfi ayat 10).

Allah yang menjamin ijabah doa itu menurut pilihanNya padamu, bukan menurut pilihan seleramu, kelak pada waktu yang dikehendakiNya, bukan menurut waktu yang engkau kehendaki.

Seluruh doa hamba pasti dijamin pengabulannya. Sebagaimana dalam firman Allah :

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."



0 comments: